TAJUK : PENGERTIAN DAN CIRI TAMADUN AWAL
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah pengertian tamadun menurut pandangan sarjana berikut.
(i) Sarjana Barat
(ii) Sarjana Islam
[2 markah]
(b) Berikan dua tamadun awal yang terbina di lembah sungai.
[2 markah]
(c) Nyatakan dua ciri tamadun awal.
[2 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal memilih lembah sungai sebagai pusat petempatan mereka ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, sumbangan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun awal manusia ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan proses pembinaan tamadun awal manusia.
[4 markah]
(b) Huraikan ciri tamadun awal manusia.
[10 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada kehidupan manusia pada hari ini ?
[6 markah]
TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (SISTEM PEMERINTAHAN)
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah bentuk pemerintahan yang dijalankan di Yunani sebelum wujudnya sistem pemerintahan demokrasi ?
[2 markah]
(b) Nyatakan dua ciri demokrasi di Yunani.
[2 markah]
(c) Bagaimanakah sistem pemerintahan bercorak republik diamalkan di Rom ?
[2 markah]
(d) Beradasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri sistem pemerintahan beraja dalam tamadun India ?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai sistem pemerintahan yang teratur ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan sejarah sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sehingga membawa kepada kemunculan sistem demokrasi.
[8 markah]
(b) Dewan Perhimpunan memainkan peranan penting dalam amalan demokrasi di Yunani. Jelaskan ciri dewan tersebut.
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah kelebihan amalan sistem pemerintahan bercorak demokrasi ?
[6 markah]
TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERUNDANGAN)
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah satu jenis undang-undang Rom.
[1 markah]
(b) Nyatakan dua prinsip yang menjadi pegangan dalam menguatkuasakan undang-undang di Rom.
[2 markah]
(c) Bagaimanakah undang-undang yang berasaskan agama Hindu dilaksanakan dalam tamadun India ?
[2 markah]
(d) Apakah ciri undang-undang berteraskan falsafah legalisme yang dilaksanakan pada zaman Dinasti Han di China.
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang sangat penting dalam sesebuah negara ?
[3 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan tentang undang-undang bertulis dalam tamadun Rom.
[6 markah]
(b) Undang-undang yang dilaksanakan dalam tamadun China berteraskan dua prinsip iaitu berasaskan falsafah legalisme dan ajaran Confucius. Terangkan kedua-dua undang-undang tersebut.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang dikuatkuasakan dalam sesebuah negara ?
[6 markah]
TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERLUASAN KUASA)
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah peranan Alexander The Great untuk meluaskan empayar yunani.
[2 markah]
(b) Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Maharaja Augustus Caesar dalam mengukuhkan empayar Rom.
[2 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Asoka berjaya mengukuhkan empayar Maurya ?
[2 markah]
(d) Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Shih Huang Ti mengukuhkan empayar Dinasti Chin.
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, apakah matlamat seseorang pemerintah menjalankan dasar perluasan pengaruh ?
[2 markah]
TAJUK : PENINGKATAN EKONOMI
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah punca yang menyebabkan semua negara kota di Yunani memberikan tumpuan terhadap kegiatan perdagangan ?
[2 markah]
(b) Nyatakan faktor yang mendorong kepesatan bidang perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
[2 markah]
(c) Berikan dua kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat dalam tamadun China.
[2 markah]
(d) Mengapakah aktiviti perdagangan mengalami peningkatan yang pesat pada zaman Dinasti Han di China ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan kegiatan perdagangan antarabangsa kepada negara kita ?
[2 markah]
TAJUK : PENINGKATAN PENDIDIKAN
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang anda faham tentang falsafah pendidikan Athens di Yunani ?
[2 markah]
(b) Berikan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada pendidikannya yang menekankan ilmu praktikal.
[2 markah]
(c) Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[2 markah]
(d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam tamadun China pada peringkat pendidikan berikut :
(i) Peringkat rendah
(ii) Peringkat menengah
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat pendidikan dalam sesebuah tamadun ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan Athens dan falsafah pendidikan Sparta dalam tamadun Yunani.
[6 markah]
(b) Pendidikan dalam tamadun China bertujuan untuk lulus peperiksaan awam. Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam tersebut.
[8 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
[6 markah]
TAJUK : KERAJAAN AGRARIA
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah ciri kerajaan agraria ?
[2 markah]
(b) Berikan dua buah kerajaan agraria yang terdapat di Asia Tenggara.
[2 markah]
(c) Nyatakan dua kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat agraria.
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang membantu kemajuan bidang pertanian kerajaan agraria?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan agraria di Asia Tenggara muncul di kawasan lembah sungai ?
[2 markah]
TAJUK : KERAJAAN AGRARIA
SOALAN ESEI
(a) Nyatakan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria di Asia Tenggara.
[6 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan faktor yang membantu perkembangan bidang pertanian kerajaan Angkor.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah tasik Tonle Sap memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Angkor ?
[6 markah]
TAJUK : KERAJAAN MARITIM
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang anda faham tentang kerajaan agraria di Asia Tenggara ?
[2 markah]
(b) Nyatakan fungsi pelabuhan kerajaan maritim yang berikut :
(i) Pelabuhan kerajaan
(ii) Pelabuhan entreport
[2 markah]
(c) Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara pada abad ke-13 Masihi ?
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan Kedah Tua boleh berperanan sebagai pelabuhan entreport di Semenanjung Tanah Melayu ?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan awal berjaya menguasai perdagangan maritim ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan perkembangan yang berlaku terhadap petempatan awal di pesisiran pantai Asia Tenggara hingga menjadi pelabuhan enterport.
[6 markah]
(b) Merujuk kepada kerajaan Angkor atau Srivijaya, terangkan faktor yang membantu kerajaan tersebut menguasai perdagangan maritim di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria ?
[6 markah]
TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SISTEM
PEMERINTAHAN DI ASIA TENGGARA
SOALAN ESEI
(a) Beradasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara ?
[6 markah]
(b) Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
[8 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah sistem pemerintahan perlu disesuaikan dengan keadaan setempat ?
[6 markah]
TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SENI BINA
DI ASIA TENGGARA
SOALAN ESEI
(a) Binaan Angkor Wat banyak dipengaruhi oleh agama Hindu. Nyatakan ciri binaan Angkor Wat.
[6 markah]
(b) Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borobudur.
[8 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?
[6 markah]
TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP BAHASA DAN
KESUSASTERAAN DI ASIA TENGGARA
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara ?
[2 markah]
(b) Berikan dua perkataan Melayu yang diubahsuaikan daripada bahasa Sanskrit.
[2 markah]
(c) Nyatakan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan di Asia Tenggara.
[3 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah karya kesusasteraan penting dalam sesebuah masyarakat ?
[3 markah]
No comments:
Post a Comment