Friday, March 30, 2012

TAJUK-TAJUK FOKUS SPM 2012

TAJUK-TAJUK FOKUS
SEJARAH KERTAS  2  SPM 2012


TEMA 7 (BAB 1 – BAB 3 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 1 SOALAN

BAB 1

Pengertian Tamadun dan Ciri Tamadun Awal

·         Pengertian tamadun menurut pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam
·         Tamadun awal yang terbina di lembah sungai
·         Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal
·         Ciri tamadun awal
·         Peranan petempatan kekal dalam proses pembinaan tamadun


BAB 2

**Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Pemerintahan)

·         Sejarah kemunculan sistem pemerintahan demokrasi di Athens, Yunani
·         Ciri pemerintahan demokrasi di Athens
·         Ciri pemerintahan republik di Rom
·         Ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India
·         Pelaksanaan sistem birokrasi awam dalam tamadun China


Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Perundangan)

·         Pembentukan undang-undang Yunani
·         Jenis dan ciri undang-undang Rom
·         Pelaksanaan undang-undang dalam tamadun India
·         Pelaksanaan undang-undang berasaskan falsafah Legalisme & Confucius dalam tamadun China
·         Kepentingan undang-undang dalam sesebuah negara


Peningkatan Tamadun Manusia (Perluasan Kuasa)

·         Perluasan empayar Yunani oleh Alexander The Great
·         Perluasan empayar Rom oleh Augustus Caesar
·         Perluasan empayar Maurya oleh Chandragupta Maurya dan Asoka
·         Perluasan empayar Dinasti China oleh Shih Huang Ti


**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Ekonomi)

·         Punca yang menyebabkan negara kota Yunani menumpukan bidang perdagangan
·         Faktor yang mendorong kemajuan perdagangan dalam tamadun India
·         Kemajuan bidang pertanian yang dicapai oleh tamadun China
·         Sebab berlakunya peningkatan dalam bidang ekonomi


**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Pendidikan)

·         Falasafah pendidikan Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani
·         Falsafah pendidikan Rom yang menekankan ilmu praktikal
·         Pendidikan berteraskan ilmu agama dalam dalam tamadun India
·         Pendidikan awam dalam tamadun China


BAB 3

Kerajaan Agraria dan Maritim

·         Ciri kerajaan agraria
·         Faktor  kejayaan kerajaan Angkor dan Funan dalam bidang pertanian
·         Ciri kerajaan maritim
·         Faktor  kemajuan perdagangan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua
·         Hubungan kerajaan agraria dan maritim yang saling bergantung


**Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

·         Cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
·         Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan
·         Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap seni bina candi di Asia Tenggara
·         Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap bahasa dan kesusasteraan di Asia Tenggara


TEMA 8 (BAB 4 – BAB 8 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 2 SOALAN

BAB 4

Penyebaran Islam di Makkah

·         Cara Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam di Makkah
·         Rasional Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia
·         Tokoh awal yang memeluk Islam
·         Usaha orang Arab Quraisy menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
·         Langkah Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi cabaran


BAB 5

Hijrah

·         Pengertian Hijrah
·         Faktor Nabi mengarahkan umat Islam berhijrah ke Madinah
·         Peristiwa yang membawa kepada Hijrah
·         Kepentingan Hijrah kepada umat Islam
·         Nilai daripada peristiwa Hijrah


**Piagam Madinah

·         Maksud Piagam Madinah
·         Kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial
·         Kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah
·         Kepentingan Piagam Madinah dalam pembinaan negara
·         Pelaksanaan Piagam Madinah dalam konteks masyarakat majmuk


**Penyebaran Islam Semasa di Madinah

·         Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam
·         Alasan menyangkal dakwaan orientalis Barat yang mengatakan Islam menggunakan peperangan untuk menyebarkan Islam
·         Tujuan peperangan dalam Islam
·         Peraturan yang mesti dipatuhi semasa berperang
·         Keburukan peperangan
·         Langkah mengelakkan peperangan


BAB 7

**Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

·         Teori dan bukti Islam datang terus dari Tanah Arab
·         Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui India
·         Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui China
·         Faktor yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara


**Penyebaran Islam di Asia Tenggara

·         Cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam
·         Cara yang digunakan oleh pemerintah untuk menyebarkan Islam
·         Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
·         Peranan pusat kebudayaan Islam dalam menyebarkan Islam
·         Peranan mubaligh menyebarkan Islam


TEMA 9 (BAB 9 – BAB 10 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 1 SOALAN


BAB 9

**Zaman Gelap di Eropah

·         Maksud Zaman Gelap
·         Keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap
·         Keadaan ekonomi pada Zaman Gelap
·         Keadaan sosial pada Zaman Gelap
·         Perubahan yang berlaku di Eropah pada penghujung Zaman Gelap


Gerakan Reformation

·         Maksud reformation
·         Faktor berlakunya gerakan reformation
·         Perkembangan gerakan reformation di Eropah
·         Kesan gerakan reformation


**Kesan Revolusi Perindustrian di Eropah (Hubungan Pekerja – Majikan)

·         Gerakan Luddite
·         Langkah menghalang gerakan pekerja
·         Bentuk penindasan terhadap golongan pekerja
·         Usaha membela nasib golongan pekerja


BAB 10

**Pembandaran di Tanah Melayu

·         Maksud pembandaran
·         Faktor kemunculan bandar baru
·         Fungsi bandar baru
·         Sebab berlakunya pembandaran tidak seimbang antara kawasan
·         Langkah mewujudkan pembandaran seimbang


Pendidikan vernakular di Tanah Melayu

·         Ciri pendidikan vernakular
·         Perkembangan sekolah Melayu
·         Perkembangan sekolah Cina dan Tamil
·         Perkembangan sekolah Inggeris
·         Sebab pendidikan vernakular tidak berjaya memupuk perpaduan


TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN

BAB 1

**Birokrasi Barat di Asia Tenggara

·         Ciri sistem pemerintahan tradisional di negara-negara Asia Tenggara
·         Ciri sistem birokrasi di negara-negara Asia Tenggara
·         Pelaksanaan pentadbiran peringkat pusat di IndoChina
·         Pelaksanaan pentadbiran peringkat tempatan di Filipina
·         Kesan pelaksanaan sistem birokrasi


Nasionalisme di Asia Tenggara

·         Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
·         Ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
·         Perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
·         Langkah penjajah mennangani gerakan bersifat radikal
·         Kelainan gerakan nasionalisme di Thailand berbanding dengan negara lain


BAB 2

**Akhbar, Majalah dan Novel Melayu Tahun 1930-an

·         Judul akhbar dan majalah berbahasa Melayu tahun 1930-an
·         Isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar Melayu
·         Persoalan yang menjadi topik dalam Majalah Guru, Pengasuh dan Bulan Melayu
·         Mesej semangat kebangsaan dalam novel Melayu tahun 1930-an
·         Persoalan semasa berkaitan media cetak pada hari ini


**Perjuangan Persatuan-Persatuan Melayu

·         Kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
·         Matlamat penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
·         Kegiatan bersifat politik Kesatuan Melayu Muda
·         Sebab kurangnya penglibatan masyarakat Sabah dalam persatuan
·         Kepentingan Kongres Melayu 1939 dan 1940



TEMA 11 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 3 SOALAN

BAB 3

Pembinaan Negara dan Bangsa

·         Faktor pembinaan negara bangsa moden di Eropah
·         Maksud realpolitik
·         Amalan realpolitik dalam pembinaan negara bangsa Jerman dan Itali
·         Kaedah pembinaan negara Islam Madinah
·         Kaedah pembinaan negara dan bangsa Malaysia


BAB 5

**Pakatan Murni

·         Maksud pakatan murni
·         Faktor yang mewujudkan pakatan murni
·         Langkah mewujudkan pakatan murni
·         Peranan Dato’ Onn Jaafar mewujudkan pakatan murni
·         Kejayaan pakatan murni
·         Kepentingan dan nilai daripada pakatan murni


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

·         Penubuhan dan peranan Suruhanjaya Reid
·         Isu yang diutamakan oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan
·         Langkah ke arah menghasilkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957


BAB 6

**Pembentukan Malaysia 1963

·         Faktor  dan cadangan pembentukan Malaysia
·         Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
·         Peranan dan penubuhan Suruhanjaya Cobbold
·         Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
·         Peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
·         Penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia


BAB 8

**Perpaduan Kebangsaan

·         Kedudukan Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan
·         Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
·         Matlamat kerajaan mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Ciri Kebudayaan Kebangsaan
·         Peranan sukan ke arah memupuk perpaduan
·         Kepentingan perpaduan


Dasar Pelajaran Selepas Kemerdekaan

·         Matlamat dan kandungan Penyata Razak 1956
·         Kandungan Penyata Razak yang dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
·         Syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib 1960
·         Kandungan Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Laporan Rahman Talib
·         Pengenalan sistem persekolahan Aneka Jurusan 1969 mengikut Kajian Aminudin Baki 1965
·         Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
·         Hala tuju pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988


Wawasan 2020

·         Konsep Wawasan 2020
·         Teras Kemajuan Bersepadu mengikut Wawasan 2020
·         Cabaran dalam mencapai Wawasan 2020
·         Strategi menghadapi cabaran Wawasan 2020
·         Ciri masyarakat Malaysia mengikut Wawasan 2020
·         Tanggungjawab warganegara Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020



TEMA 12 (BAB 9 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN

BAB 9

Blok Dunia dan Perang Dingin

·         Maksud blok dunia
·         Faktor kemunculan blok dunia
·         Sebab berlakunya perang dingin
·         Perbezaan ideologi kapitalis dengan komunis
·         Cara kuasa besar menyebarkan pengaruh
·         Kesan perang dingin terhadap negara Dunia Ketiga


**Dasar Luar Malaysia

·         Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
·         Prinsip dasar luar tahap pertama yang bersifat pro-Barat
·         Prinsip dasar luar tahap kedua yang bebas dan berkecuali
·         Prinsip dasar luar tahap ketiga yang mengutamakan kepentingan ekonomi
·         Faedah mengadakan hubungan luar


Malaysia Dalam Hubungan Serantau (ASEAN)

·         Matlamat penubuhan ASEAN
·         Pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
·         Langkah merealisasikan prinsip ZOPFAN
·         Kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara ASEAN


**Cabaran Masa Depan

·         Kepentingan ICT
·         Faktor kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
·         Definisi k-masyarakat dan k-ekonomi
·         Kepentingan k-ekonomi dan k-masyarakat
  •   Langkah mewujudkan k-masyarakat

No comments:

Post a Comment